Ahad, 10 Ogos 2014

DEMOGRAFI (KEPENDUDUKAN) (Bagi yang bermastautin sahaja)





YB. PARLIMEN/YB.ADUN/ PEGAWAI DAERAH/PENGHULU/KETUA KAMPUNG BERTANGGUNGJAWAB KEPADA KAMPUNG

PARLIMEN

YB. DATO’ RAZALI BIN IBRAHIM   -   MUAR

ADUN

YB. PUAN ZAITUN BT ISMAIL  - SG. BALANG

PEGAWAI DAERAH MUAR

 TN. HAJI MUJI BIN SALIMON
  
PENGHULU MUKIM SRI MENANTI

EN. NORHAZMAN BIN MISRAN

Tel/Fax: 06-9874259 (PEJABAT)

KETUA KAMPUNG

TN. HAJI IBRAHIM BIN AHMAD    


Tel: 0192721738, Fax: 06-9882100

Khamis, 7 Ogos 2014

SENARAI KETUA KAMPUNG SERI MENANTI

1.Rohani bin Abdullah - 1943

2.Salleh bin Abdul Majid - 1952

3.Hj Mubari bin Sariban - 1960 

4.Hj Hussein bin Abdul Rahman - 1971 

5.Hj Sabtu bin Omar - 1986 

6.Hj Hamzah bin Sarbini - 1998 

7.Hj Ibrahim bin Ahmad - 2006 - sehingga kini

SEJARAH KAMPUNG

          Dalam tahun 1912 apabila kerajaan hendak merasmikan kampung ini dengan melantik seorang penghulu dan memberi satu nama yang sesuai untuknya, suatu pergaduhan telah berlaku di antara dua tokoh di situ kerana masing-masing mendakwa bahawa dirinya yang layak dan berhak dipilih menjadi Penghulu. Tokoh-tokoh yang terlibat dalam pertikaian ini ialah ialah Penghulu Saleh, peneroka kampung sebelah pantai dan seorang lagi bernama Penghulu Johar, peneroka kampung sebelah darat.
           Persengketaan ini telah berlarutan bertahun-tahun lamanya hingga timbul keraguan orang ramai kemungkinan perkara ini tidak dapat diselesaikan. Pada akhirnya Pesuruhjaya Kerajaan Muar meminta pendapat seorang alim ulamak terkenal iaitu Hj. Abu Bakar bin Haji Hassan tentang bagaimana hendak menyelesaikan kemelut ini. Maka Hj. Abu Bakar telah memberi pandangan seperti berikut : 

                  1. Kampung baru ini hendaklah diberi satu nama yang sesuai dan dapat diterima oleh kedua pihak yang bertelingkah.
                2.Hendaklah kedua-dua tokoh yang bertelingkah itu dilantik menjadi penghulu di kawasan masing-masing untuk menghargai jasa masing-masing membuka kawasannya.
              3.Setelah salah seorang daripadanya meninggal dunia, kawasan pantai dan kawasan darat hendaklah dicantumkan menjadi satu kawasan yang dikenali dengan nama baru dan diletakkan di bawah pengawasan penghulu yang masih hidup.
                     4.Kedua-dua kawasan tersebut hendaklah mempunyai sebuah masjid sahaja.
           5.Kedua-dua pihak hendaklah bersungguh-sungguh berusaha untuk memulihkan hubungan silaturrahim yang terjejas.
                  Dengan syarat-syarat di atas itu maka Pesuruhjaya Kerajaan Muar telah memilih nama SERI MENANTI kerana penantian yang begitu lama dalam menyelesaikan konflik di antara kedua-dua tokoh tempatan tersebut.